Tuesday, 16 August 2016

Sambutan Hari Raya 2016

Sambutan Hari Raya 2016

Pada cuti raya yang lalu, saya dan keluarga saya balik kampung sebelah ibu saya dulu iaitu di Terengganu. Saya menyambut raya pertama di Terengganu. Di pagi raya ,kami sekerluarga menyediakan makan –makan dan kuih -muih untuk orang datang beraya. Sebelum itu , kami sempat bersalam –salaman sesama keluarga dan saudara -mara. Kami juga mempunyai sesi memberi duit raya.

Pada malam raya pertama, kami sekeluarga balik ke kampung ayah saya iaitu di Besut.Kami tiba di sana semasa mereka sedang bermain bunga api dan mercun.Kami sampai terus pergi menyertai mereka. Apabila sudah lewat kami berhenti bermain dan naik ke rumah lalu terus pergi mandi kerana berbau asap.

Pada hari raya kedua saya menyambut raya di Besut.Kami besalaman bersama datuk dan nenek kami.Ramai orang datang ke rumah nenek dan datuk saya . Kami melayan tetamu hingga ke   malam. Saya sangat bersyukur dapat beraya bersama –sama keluarga dan saudara – mara. Itu saja yang saya mahu ceritakan tentang raya saya tahun ini.


No comments:

Post a Comment